Sunday, November 08, 2009
Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.
Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu.
...........
Tahniah diucapkan kepada skuad Si Rusa N Sembilan atas kejayaan pertama kali menjulang Piala Malaysia selepas 61 tahun yang lalu menjulang Piala Malaya. Syabas dan tahniah kepada para pemain dan juga jurulatih Wan Jamak yang telah berusaha memastikan sejarah tercipta untuk N Sembilan. Mungkin juga suntikan semangat atas kehadiran YAM Yang Dipertuan Besar N Sembilan Tuanku Muhriz Tunku Munawir dan juga YAB Dato Seri Mohd Hj Hasan dan juga Saudara Khairy Jamaluddin telah menaikkan lagi semangat anak anak buah Wan Jamak.
p/s mungkin kerajaan N Sembilan sedang berkira kira untuk memberikan saguhati atas kejayaan skuad rusa mencipta sejarah N Sembilan dalam areana bolasepak tempatan.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat para pemain dan seluruh jentera Si Rusa, juga buat YAB Dato Seri Mohd Hj Hasan yang menerajui PBNS.
Monday, November 02, 2009
Negri govt to monitor websites, blogs which ‘lie’
SEREMBAN: The Negri Sembilan government will set up a special team to monitor blogs and websites which "spread lies" against it, said Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
He said the state had no choice but to set up the team as such lies undermined the credibility of the government.
"We need to correct or deny whatever wrong is being said about us. Some of these lies are so blatant and we are worried that people would fall for them if we did nothing about it," he told reporters at his office here on Monday.
Mohamad said even if these were lies, people would tend to believe them if the allegations were made repeatedly.
````````
Langkah wajar dari kerajaan N Sembilan dalam menangani gejala penipuan dan fitnah yang berleluasa. Terlalu ramai yang mahu menulis sehinggakan banyak fakta fakta tidak tepat yang diberikan dan ini menjuruskan kekeliruan kepada orang ramai. Tindakan sewajarnya harus diambil dalam isu ini supaya ia tidak menjadi amalan masyarakat Malaysia terutamanya di N Sembilan.
Mungkin selepas ini penulis penulis picisan terpaksa meletakkan tajuk karangan mereka dan bukan lagi sewenang wenangnya menulis tanpa usul dan periksa. Penulisan dan kupasan isu isu semasa atau pun apa saja isu haruslah dibuat dengan berhemah dan tujuan yang membina.
Saturday, October 17, 2009
Daulat Tuanku Sempena Pertabalan Yang DiPertuan Besar N Sembilan yang ke XI

Umno Taman Paroi Jaya menjunjung kasih diatas pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Al Marhum Tuanku Munawir diatas perlantikkan sebagai Yang Di Pertuan Besar N Sembilan yang ke XI. Semoga N Sembilan terus berkembang makmur dibawah naungan Tuanku.
Daulat Tuanku.
note:
Maklumat lanjut program program sempena sambutan pertabalan Yang Di Pertuan Besar N Sembilanhttp://www.ns.gov.my/portal/images/stories/Pertabalan_DYMM/ProgramPertabalan.pdf
Sunday, October 11, 2009
TAN SRI ISA DI BAGAN PINANG. PAS TERLONTANG
Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Isa dan juga jentera Barisan Nasional yang memastikan kemenangan besar di Bagan Pinang.
Kepada pengundi yang mahukan pembaharuan juga diucapkan syabas dan tahniah yang menyebabkan tsunami kemenangan besar Barisan Nasional.
Mandat yang diberikan yang jauh lebih besar membuktikan yang pengundi yang dulu mengundi pembangkang kini mahukan perubahan. Bukan kata kata kosong tanpa bukti dan juga mainan fitnah yang tidak kemana. Buat Tan Sri Isa sekalung tahniah dan buktikanlah pada rakyat di Bagan Pinang yang pilihan mereka tidak silap
Syabas dan tahniah
Thursday, September 17, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Umno Taman Paroi Jaya
Assalamu'alaikum.....
Mata kadang tersalah pandang
Telinga kadang tersalah dengar
Mulut kadang tersalah ucap
Hati kadang tersalah duga
Maafkan segala silap yang pasti ada,
Selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut
HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
Ikhlas Dari
UMNO TAMAN PAROI JAYA
Tuesday, September 15, 2009
N31 BAGAN PINANG PORT DICKSON N SEMBILAN

Info pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang:
Tarikh penamaan calon: 3 Oktober 2009 (Sabtu)
Tarikh pengundian: 11 Oktober 2009 (Ahad)
Pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi: Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.
Tempat proses pengeluaran dan pengiraan undi: Bilik mesyuarat pejabat daerah Port Dickson.
Tarikh daftar pemilih dikemas kini: 4 September 2009
Jumlah pemilih berdaftar: 13,664 orang
Jumlah pemilih biasa: 9060 orang
Jumlah pemilih pos: 4604 orang
Pecahan pemilih mengikut kaum: Melayu - 8,577 orang (62.77 peratus), India - 2,834 orang (20.74 peratus), Cina - 1,498 orang (10.96 peratus) dan lain-lain - 755 orang (5.54 peratus)
Pecahan pemilih mengikut jantina: Lelaki - 7,912 orang (57.9 peratus) dan perempuan - 5,752 orang (42.10 peratus)
Jumlah pusat mengundi: 8 pusat melibatkan 8 sekolah
Jumlah saluran mengundi: 18 saluran
Pegawai Pengurus: Abdul Wahab Shamsuddin - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson
Jumlah petugas SPR: 275 orang
...............
Siapakah yang bakal menjadi calon untuk BN di Bagan Pinang? Siapapon calon biarlah yang boleh memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.
Sunday, August 30, 2009
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52
Umno Taman Paroi Jaya mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 52 buat semua warga Malaysia.
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
MERDEKA
Wednesday, August 26, 2009
Bekas Naib Ketua UMNO Seremban bebas tuduhan rasuah
SEREMBAN 26 Ogos - Bekas Naib Ketua UMNO bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang, 48, dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen 3 hari ini atas dua tuduhan rasuah 2 September lalu.
Hakim Zambri Bakar, membebaskannya tanpa dipanggil membela diri pada akhir pendakwaan kes selepas pihak pendakwa raya gagal mengemukakan prima facie terhadap kedua-dua tuduhan tersebut. - Utusan
................
Kebenaran pasti berpihak kepada yang benar dan bersempena bulan yang mulia ini ramadhan al mubarak sudah pastinya ia akan memberikan lebih semangat dan kekuatan kepada saudara Md Nor Awang. Janganlah jawatan dijadikan kayu pengukur dalam perjuangan dan Pemuda berharap yang ini akan menguatkan keazaman dan dedikasi beliau kepada Umno. Bagi mereka yang suka mengadu domba dan memfitnah jadilah bulan yang mulia ini kearah perubahan baru yang membawa manfaat kepada semua.
Thursday, August 20, 2009
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
UMNO TAMAN PAROI JAYA Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak bagi semua umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan dah rahmat bagi kita semua. Juga kita jadikan ia permulaan untuk melupakan segala sengketa dan bermaafan bagi menuju kejayaan dan keharmonian bersama.
Wednesday, August 19, 2009
Penyokong UMNO masuk syurga
KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu memisahkan Islam dengan iman.
Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa kenyataannya semalam hanya merujuk kepada ahli UMNO.
Sebaliknya, kata beliau, ia melibatkan sesiapa sahaja yang menyokong parti tersebut dan ia tidak kena-mengena dengan Palestin.
Beliau berkata, sesiapa sahaja yang mengasingkan iman daripada Islam seperti apa yang diamalkan parti yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara itu, tidak akan diterima Allah.
"Saya baca dua surat khabar arus perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya bahawa saya sebut perkataan itu, ini adalah untuk melagakan saya dengan Palestin.
"Perkara kedua adalah ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO, saya guna penyokong UMNO, ahli lain penyokong lain (makna). Memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.
Apa dah jadi kepada tuan guru Nik Aziz sejak dua menjak ini kenyatannya makin bercelaru dan berbelit belit?? Bila isu beliau dan Nasharuddin sedang panas dan hangat dengan cabar mencabar sehinggalah selesai pilihanraya di manek urai ,bukankah dia sendiri yang mengeluarkan kenyataan berdasar apa yang tertulis di akhbar. mengecam dan mencabar nasharuddin supaya meletak jawatan dan keluar dari pas berhubung kerajaan perpaduan tanpa usul dan periksa. tetapi seperti biasa dalam menyalahkan orang lain(mufti Perak) ia seperti tiada apa apa yang pernah berlaku.
Umno sebuah parti yang terang terang dan bertunjangkan Islam sebagai agama rasmi dikatakan memisahkan iman dan Islam sedangkan Islam yang syumul terkandung segala didalamnya. Pas parti yang bersekongkol dengan DAP yang terang terangan menolak Islam kemanakah pula mereka akan masuk. Kenyataan kenyataan yang mengelirukan dari tuan guru bukan lagi rahsia dan kenyataan kenyataan yang tanpa usul periksa jelas menunjukkan kepincangan dan haluan yang berbeza didalam PAS. Isu isu ini sengaja dibangkitkan dalam usaha Pas meraih simpati dan menarik perhatian masyarakat dalam mereka cuba mengalihkan perhatian masyarakat atas kelemahan mereka jika dilihat dari sudut senario politik tanahair sekarang ini.
Isu syurga dan neraka dibangkitkan semula oleh Nik Aziz kerana mungkin sudah ketandusan isu atau pun idea.Kenyataan tanpa dalil dan firman ini amat berbahaya kerana ia rekaan dan ciptaan Nik Aziz sendiri.
Seharusnya dalam keadaan negara yang diancam wabak dan kemelutan ekonomi beliau seharusnya mengemukakan cadangan cadangan bernas dalam memantapkan keadaan negara yang memberi faedah kepada orang ramai dan masyarakat. Budaya menyalahkan orang lain sudah menjadi asam dan garam dalam perjuangan Pas kerana mungkin mereka tidak lagi mempunyai arah tuju atau pun matlamat kerana isu diantara pakatan rakyat juga semakin hari semakin membawa rebah.
Inilah jadinya berpakat tanpa berfikir dan terutamanya tanpa matlamat bersama kerana masing masing berjuang diatas landasan yang berasingan. Umno dan Barisan nasional harus belajar dari kesilapan PR yang mana telah merugikan rakyat. Ini adalah peluang dalam mengembalikan kepercayaan rakyat tetapi perlu disertai dengan usaha dan komitmen yang berterusan dan tidak lagi memperjuangkan individu ataupun kepentingan peribadi.
Sempena kita yang akan menyambut Ramadhan Al Mubarak tidak berapa hari lagi seharusnya ia kita jadikan titik perubahan dan permulaan baru bagi meneruskan perjuangan Umno kepada masyarakat, insyaallah.. kerana kita hanyalah manusia kerdil yang tidak terjangkau dalam menentukan siapa layak dan tidak memasuki syurga Allah.
Monday, August 10, 2009
JKKK perlu tahu masalah masyarakat
PORT DICKSON 9 Ogos - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan 'jari-jari' kerajaan yang mampu merasai denyut nadi permasalahan masyarakat di peringkat akar umbi.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai 'jari-jari' kerajaan negeri, JKKK tidak boleh menjadi kaku atau tidak berfungsi dengan baik menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan.
"JKKK merupakan nadi kerajaan dan berfungsi sebagai barisan hadapan yang mengetahui permasalahan dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi sebelum disampaikan kepada kepimpinan negeri," katanya.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada 426 Pengerusi JKKK seluruh negeri di Tiara Beach Resort di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Siow Chen Pin.
Fungsi dan peranan Ketua Kampung atau pun JKKK sudah boleh dipertingkatkan mengikut kesesuaian semasa dan setempat. Mereka seharusnya menjadi nadi penggerak bagi masyarakat setempat dalam membantu dan menyampaikan maklumat bagi orang ramai. Tugas tugas mereka mungkin boleh dideligasikan kepada para belia dan penduduk setempat kerana sudah pasti mereka tidak akan mampu melakukan bersendirian.
Jika belia diberikan peluang dan pendedahan oleh Pengerusi dan badan JKKK sudah semestinya penglibatan mereka akan lebih signifikan. Perubahan harus dilakukan supaya mereka jelas dan mengenali peranan Ketua Kampung dan JKKK, ini sebahagian besar tidak tahupun fungsi dan peranan Ketua Kampung, bagaimana cara nak menghubungi dan menyalurkan maklumat.
JKKK harus sedar yang belia mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat dan mereka begitu aktif dan sudah semestinya lebih mengetahui keadaan setempat. Jika dibimbing dan diberikan tunjuk ajar sudah tentu peranan mereka dalam masyarakat dapat dioptimumkan. Tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman dalam memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran berkaitan hal ehwal masyaraka amatlah dialu alukan bari memantakpan institusi JKKK dan kemasyarakatan.
Saturday, August 08, 2009
KEMPEN SEMARAK MERDEKA 2009
MAJLIS PERASMIAN KONVOI BERMOTOR SEMARAK MERDEKA 2009
oleh Yab Khairy Jamaluddin
bertempat di Dataran Senawang Seremban pada jam 5-30petang.
Ketua Pemuda Bahagian Seremban
Shahrul Ekhsan
